Nasi Ayam Madu

Assalamualaikum...lama tak update...ni la ada masa sikit leh update recipe dari draft yg ntah bila aku ada masa nak edit wordings dan letak step by step captions gtu...

Ok la ini masakan yg aku sempat buat masa cuti hari tu despite of my busy tasks mentelaah dan buat persiapan apa yg patut katanya...sorry text utk recipe ni masih agak kelam kabut juga...ada masa nanti aku edit balik captionnya along with a few more step by step pics...jom aku share recipenya :)

NASI AYAM
Bahan Utama:
2 ekor ayam besar (anggaran 3.5 kg) - potong 4
2 ekor rangka ayam - dikerat 8
1 buku halia (350 gm) - diketuk
5 liter air

1 kiub pati ayam
700 ml minyak masak

Caranya:
Masukkan kepingan ayam bersama rangka ayam yang telah dibersihkan ke dalam sebuah periuk stock yg besar dan masukkan juga halia yang telah diketuk dan kiub pati ayam. 

Masukkan air dan jerang di atas api sederhana. 

Apabila mendidih terus rebus bahan2 ini selama 20 minit diatas api sederhana besar.

Kemudian angkat ayam keluar dari renihan. 

Biarkan rangka tinggal dlm rebusan dan terus renih pada api kecil utk stock nasi dan kicapnya.

*********************************************************


Perapan Ayam
1 1/2 pods garlic (dlm 15 ulas - 70 gm) - tumbuk kasar berasingan
2 inci halia (50 gm) - tumbuk kasar berasingan
2 biji bwg besar (250 gm) - tumbuk kasar berasingan
50 ml minyak bijan 
100 ml kicap manis pekat (ABC brand)
2 sd besar kicap pekat 
100 ml sos tiram 
1 tsp maggi seasoning
50 ml madu 
1 sd teh paras garam
1/2 tsp msg (ajinomoto)

Caranya:
Tumbuk kasar halia, bawang putih dan bawang besar secara berasingan.


Sediakan ayam yang telah diangkat keluar dan ditoskan dari renihan tadi kemudian masukkan bahan tumbuk tadi ke dalamnya.

Kemudian masukkan minyak bijan, kicap2, sos tiram, maggi seasoning dan madu bersama garam dan serbuk perasa.

Gaul rata dengan cermat dan perap ayam tersebut sekurang2nya sejam dlm fridge (seeloknya perap sewaktu ayam masih panas utk perapan lebih meresap)

********************************************************
NASI

Bahan2nya:
1.5 kg beras wangi (aku pakai brand sunwhite - nasi jd lebih berderai dan muai)
7 ulas (40 gm) bawang putih - dihiris
1" (15 gm) halia - dipecahkan
3 biji (300 gm) bwg besar - hiris nipis
1 sd teh jintan  manis - ditumbuk 

2 cubes chicken stock atau 1 heaped tbsp chicken stock powder
150 gm butter
120 gm yellow raisins
300 ml susu cair ideal
1.5 liter air rebusan ayam 
1 sd teh garam atau secukup rasa
4 helai daun pandan - carik dan simpul
2 sticks cinnamon
5 star anise
15 cloves
8 cardamoms

Caranya:-

Cuci beras dan toskan. Sementara itu sediakan kukusan dengan air penuh dan biarkan mula mendidih.

Masukkan mentega ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga hampir cair.

Kemudian masukkan rempah tumis, kacau sebentar.

Masukkan hirisan bwg putih dan kacau sehingga hampir kuning. Kemudian masukkan halia dan kacau sebentar.

Masukkan hirisan bawang besar.

Goreng sehingga kuning. 

Selepas itu masukkan jintan manis tumbuk dan kacau sebentar. 

Masukkan daun pandan dan ratakan. 

Kemudian masukkan air rebusan.

Biarkan mendidih dan masukkan kiub stock ayam bersama garam dan susu cair. 

Kacau sebentar dan biarkan mula mendidih.

Kemudian masukkan beras dan kismis. 

Biarkan mula mendidih (kacau sedikit dari dasarnya jika perlu perlahan2 utk mengelakkan kerak).

Kemudian alihkan ke pengukus yang sedang panas dan kukus selama 30 minit sehingga timbul berasnya.


Kemudian kacau sedikit dengan cermat utk digemburkan dan kukus lagi 15 minit sehingga tanak sepenuhnya.

********************************************************
KICAP
Bahan2nya:
200 ml lebihan perapan ayam 
75 ml minyak renihan 
2 ulas (12 gm) bwg putih - cincang 
500 ml renihan stock
100 ml kicap manis 
1 sd besar kicap pekat 
1 sd besar sos tiram 
1 sd teh paras garam 
1 sd besar minyak bijan 
2 sd besar madu 
1/2 sd teh msg 
2 heaped tbsps cornstarch + 150 ml air 

Caranya:-
1. Keluarkan ayam yg diperap dan ambil air perapannya...
2. Scoop minyak dipermukaan stock yg merenih dan masukkan ke dlm sauce pan..masukkan bwg putih cincang dan tumis sebentar...masukkan air perapan ayam tadi dan stock yg merenih...biarkan mendidih dan tambah kicap manis....tambah minyak, sos tiram dan madu dan garam sedikit jika perlu...pekatkan sedikit dgn cornstarch (agak2)


*********************************************************
KUAH CILI PEDAS
Bahan2nya:
12 batang cili merah
15 tangkai cili api merah ( optional) - ganti dgn 2 biji cili merah jika tak mau pakai
8 ulas garlic
1 biji shallot
150 gm gula - ikut rasa
1 tbsp kicap manis
1 tsp garam
200 ml air masak
4 sd besar cuka


Caranya:
Blender semua bahan bersama kecuali cuka sehingga halus dan kemudian campurkan cuka. Simpan dlm peti sejuk sehingga digunakan (boleh buat cicah kuih kodok, popia atau cucur udang juga)

*********************************************************
SUP
Bahan2nya:
100 ml minyak masak 
5 ulas (25 gm) bwg putih - diketuk 
2 biji bwg besar  (250 gm) - hiris halus 
1" halia (15 gm) - diketuk
1 bunjut rempah sup
1/2 paket (425 gm) chicken balls
120 gm cendawan tiram 
2 batang (400 gm) carrot
1 sd besar paras garam atau secukup rasa 
1 sd besar maggi cukup rasa
1/2 sd teh msg
1 batang kulit kayu manis 
5 biji cengkih 
3 biji pelaga 
2 kuntum bunga lawang

Caranya:- 
Sediakan renihan stock ayam yg tinggal hampir separuh stocknya (lebih kurang 2 liter+). Kemudian dlm sebuah kuali panaskan minyak dan tumis bwg putih ketuk bersama bwg besar yg dihiris halus bersama additional halia yg diketuk...tumis sehingga garing...masukkan bunjut rempah sup dan gaul sebati dgn tumisan....kemudian masukkan tumisan ini ke dlm periuk stock yg merenih (entirely) bersama chicken balls dan tambah garam secukup rasa dan sedikit msg...boleh letak celery yg dipotong kasar atau cendawan utk didihkan bersama jika mahu dan renih selama 20 minit, kemudian boleh masukkan potongan carrot agak2 5 minit masa merenih tamat...tabur dgn daun sup/daun bwg hiris bersama bwg goreng sewaktu menghidang

*********************************************************

*********************************************************
Cara Menghidang
Panaskan minyak sehingga betul2 panas.


Kemudian masukkan ketulan ayam yg telah diperap. Goreng dalam seminit di setiap belah pada api besar, just utk garingkan ayam and do not over fry them.

Kemudian angkat dan toskan. Letakkan ayam diatas papan pemotong beralas kertas minyak atau kertas foil.

Ketuk sedikit dgn blkg chop.

Kemudian potong2 sewaktu ia masih panas.

Sediakan nasi dan letak diatas pingan untuk dihidangkan dan susun potongan tomato dan timun bersama daun salad. Kemudian letakkan potongan ayam dengan cermat diatas daun salad tersebut.

Jiruskan kicap dan kuah cili pedas ke atas ayam dan hidangkan bersama2 supnya. 

Selamat mencuba :)


Do You Like This Post?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts